Assalamualaikum..w.b.t
di panjatkan syukur terhadap Allah s.w.t kerana masih menganugerahkan roh dan tenaga untuk pena bernafas sekali lagi di dataran persinggahan ini..bagi mengenal erti pengembaraan seorang pembela untuk mendaulatkan agama yang tercinta ini..
pena mengharap sokongan dan teguran dapat dilontarkan dalam medan ini untuk siapa sahaja yang nak berfikir atas kebenaran bagi pena meneruskan langkah pengembaraan agar bekalan mencukupi untuk pena bawah ke dunia yang kekal abadi.
ingin pena berkongsi kepada sahabat seperjuangan yang kini berada di segenap pelusuk dunia bahawa dalam rangka kita ingin memartabatkan islam itu semula yang kini telah ditindas,di zalami kita perlulah lengkapkan diri dengan mempelbagaikan kekuatan sama ada dari aspek dalaman mahupun luaran.
ilmu itu sendiri memainkan peranan penting dalam kita merangka gerak kerja mahupun strategi agar matlamat yng ingin dicapai sama ada dalam jangka masa pendek dan panjang jelas dengan adanya gambaran awal.Namun diingatkan bilamana kita melihat musuh-musuh kita lemah jangan kita terlalu membuat kesimpulan awal tanpa melihat mukhadimah dan klimaks yang bakal terjadi kerana musuh-musuh kamu tidak akan membiarkan islam itu tertegak walaupun disatu penjuru..