Feeds:
Posts
Comments

Mencari jodoh atau menunggu jodoh?

Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”

“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”

“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”

“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:

first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…

Beliau juga memberikan komen:

akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!

http://abimuslih.wordpress.com

Advertisements

KALIMAH SYAHADATAIN
TUNTUTAN DAN PENGHAYATANNYA ( siri ketiga )
SIAPA TOGHUT .. ?

Toghut adalah suatu yang amat bercangah dengan Iman dan Islam .

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

( Al Baqarah 256 – 257 )

Melalui ayat di atas , jelas kita dapat mengenal pasti indentiti dan orientasi toghut . Identiti dan orientasi yang dimaksudkan ialah :

( Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. )

Orientasi mereka ialah Mengeluarkan manusia dari cahaya Iman kepada kegelapan kufur .

( mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). )

Identiti mereka ialah Kekal didalam neraka buat selama – lamanya .

( mereka kekal di dalamnya. )

Toghut ini merangkumi syaithan , berhala dan manusia – manusia jahat yang menetapkan hukum secara curang menurut hawa nafsu .

Setiap idea , arahan , seruan atau pemaksaan supaya keluar dari cahaya Allah ( syariat ) kepada Zulumat ( yang bercanggah dengan syariat ) itu juga adalah Toghut .

Sebagai contoh , kita melarang orang minum arak kerana Allah swt. menegah kita meminum arak .

Firman Allah swt :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

( Al Maaidah 90 – 91 )

Tetapi mereka mengajak orang supaya minum arak dengan mereka mengiklankan arak , tampal arak berjenama seperti Carlberg di belakang bas , tepi – tepi jalan , atas bumbung teksi, dalam media cetak dan seumpamanya . Semuanya ini dinamakan Toghut sebab kerja mereka ialah kerja :

Mengajak manusia dari cahaya hidayah menuju kegelapan Jahiliyyah.

Kita mengajak orang memakmurkan masjid dan kuliah ilmu di dalamnya , tinggalkan pergaulan bebas , jauhi zina dan sebarang muqaddimah yang boleh mendorong berlakunya zina .

Firman Allah swt :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

( Al – Isra’ 32 )

Tetapi mereka mengajak orang ke Dataran Merdeka , kelab malam dan sebagainya untuk berhibur tanpa peduli waktu solat , mereka berpesta dan bergaul bebas menari lelaki dan perempuan , yang akhirnya berkesudahan dengan kes zina dan buang anak . Inilah Toghut sebab kerja mereka ialah :

Kita menyeru semua orang supaya melaksanakan syariat Allah swt. secara menyeluruh ( ibadah , muamalat , munakahat , aqidah dll ) justeru ini adalah perintah Qadhi Rabbul Izzati ,

FirmanNya :

“ Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

( Al Jathiah 18 )

“ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

( Ali – Imran 85 )

Tetapi mereka mengajak orang mengejar pembangunan dan kemajuan seraya menuduh hukum hakam Islam tidak sesuai di zaman modern , kalau laksanakan hukum Islam boleh makan sup tanganlah kita , apabila tangan tak ada , pembangunan akan tergendala dan pelbagai tohmahan dan kata – kata sinis . Inilah Toghut sebab kerja mereka ialah :

Mengeluarkan manusia dari cahaya hidayah menuju kegelapan Jahiliyyah.

Allah swt. berfirman :

” Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauhDan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu..”

( An – Nisa’ 60 – 61 )

Dunia hari ini dikuasai oleh anasir Toghut dan ia bertembung hebat dengan usaha – usaha untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah . Pertembungan ini amat sengit namun ia hanya dapat dirasai oleh mereka yang bekerja dan berjuang untuk membina Khilafah Islamiyyah .

Sementara mereka yang hanya hidup untuk mencari makan tanpa mempedulikan Amal Islami dan Amal Jamaei , ( hanya sekadar solat , puasa , haji , zakat sedang Islam apa nak jadi , jadilah ! ) jiwa mereka kekosongan dan mereka larut dalam iklim toghut dan jahiliyyah .

Persoalan siapakah toghut bukan hanya untuk kita mengenali toghut semata – mata bahkan sekurang – kurangnya mesti mengambil 2 tindakan tegas :

Ø Kita kenal toghut , mestilah kita tidak melibatkan diri dengan sebarang gejala tajaan toghut .

Ø Kita kenal toghut , mestilah kita tentang ia habis – habisan supaya ummat Islam selamat dari bahaya dan ancamannya.

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah swt. sayugianya kita menyedari bahawa toghut adalah matlamat dan hadaf orang – orang kafir , sementara orang – orang kafir pula siang dan malam merancang untuk mengepong dan membinasakan Islam . Dalam situasi begini , apakah dikalangan kita ummat Islam masih ada mereka yang sanggup dan mampu berpeluk tubuh .

Angkara toghut yang bermaharajalela dengan orientasi atau misi Agong mereka sebagaimana yang didedahkan oleh Allah swt.

kita dapat menyaksikan implikasinya amat dahsyat :

· Angka orang – orang murtad meningkat tinggi.
· Kes – kes zina , free sex menjadi suatu yang rutin.
· Remaja berpeleseran dan berpoya – poya .
· Penghinaan terhadap Islam secara terbuka.
· Iklim social kian parah dan tenat .

( Pembunuhan , gengster , penderaan , perdurhakaan terhadap orang tua menjadi isu yang berpanjangan.)

· Jumlah orang yang tidak bersembahyang dan buta Al Quran terus menjadi igauan ngeri buat semua ummat Islam , tambahan pula masih terlalu ramai mereka yang tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah .

Justeru itu , bangunlah wahai saudara seagamaku ! Toghut mesti ditentang habis – habisan .

Sebarang gejala dan anasir toghut jua mesti dihapuskan hingga ke akar umbi . Ingatlah perintah Allah swt :

“ Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.”

( Surah an Nisa’ : 76 )

Berwaspadalah agar kita tidak terlibat dengan gejala toghut ini , kerana kelak kita akan diazab oleh Allah swt. Antara golongan yang berhak menerima azab dari Allah swt. ialah golongan toghut .

Setinggi mana pangkat , selebar mana pengaruh dan sekuat mana kuasa , mereka yang terlibat dengan toghut tetap diazab dan mereka pastinya gagal melepaskan diri dari azab Ilahi . Al Quran telah highlight kepada kita tokoh – tokoh toghut dunia yang menerima azab dari Allah swt.

1 . Firaun :

Firman Allah swt.

“ Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? Ketika ia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci; -(Lalu diperintahkan kepadanya): “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas – toghut- (dalam kekufuran dan kezalimannya); “Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? `Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ‘ “(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”.

( An – Naziaat 15 – 24 )

Firaun diisytiharkan toghut dan berhak mendapat azab yang berkekalan kerana 4 sifat berikut :

Ø Mendustakan Nabi
Ø Durhaka kepada Allah swt.
Ø Berpaling ingkar dari keterangan Allah swt.
Ø Mengaku menjadi tuhan .

2 . A’ad dan Thamud :

Firman Allah swt :

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela dan melampaui batas ( toghut ) di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

Tuntutan dan Penghayatan
asy Syahaadatain. ( siri kedua )

لا إله إلا الله: adalah kalimah tauhid yang mengesakan Allah swt .

4 kategori ini :

Ahkam ( Peraturan dan syariat )
Afa’al ( perbuatan )
Sifat
Zat

Firman Allah swt :

“ Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”

( Al – Isra’ 111 )

Kekeliruan yang amat ketara dihadapi oleh ummat Islam hari ini , tatkala ramai dikalangan ummat Islam masih memberi hak kepada manusia untuk menentukan dasar hidup manusia di muka bumi, sedang ini nyata bercanggah dengan Tauhid Ahkam Allah swt. yang meletakkan hanya Allah swt. berkuasa mutlak menentukan dasar dan cara hidup manusia ( syariat / perundangan )

Firman Allah swt :

“ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

( Ali – Imran 85 )

Syirik adalah virus yang amat merbahaya justeru ia melumpuhkan aqidah atau iman seseorang . Al – Quran telah mengisytiharkan pekelilingnya kepada dunia untuk mengesahkan bahaya syirik . Firman Allah swt :

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

( Luqman 13 )

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

( An – Nisaa’ 48 )

Mereka yang melakukan syirik dan kufur kepada Allah swt. akan menyaksikan bagaimana seluruh amal ibadah yang mereka lakukan terbatal begitu sahaja .

Firman Allah swt :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

( Al – Baqarah 217 )

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”

( An – Nisaa’ 116 )

لا إله إلا الله : Adalah kalimah yang dilafazkan untuk seseorang itu mengaku muslim , namun begitu ianya tidak terhenti di atas lafaz yang kaku tanpa memenuhi tuntutan – tuntutannya .

Setiap individu yang melafazkannya jua wajib menafikan 4 perkara :

4 PERKARA NAFI :

1 . الآلهـــة : ( yakni sesuatu yang dianggap boleh memberi manafaat dan menolak kemudharatan )

Kalimah لا إله إلا الله sekali – kali tidak boleh berkompromi dengan mana – mana kalimah yang meletakkan kekuasaan “ memberi manafaat dan menolak kemudharatan atau sebaliknya menolak manafaat dan memberi kemudharatan ” selain Allah Azza Wajalla.

Kalimah لا إله إلا الله adalah kalimah tauhid yang mengesakan Allah swt. dengan pengertian tiada siapa yang berkuasa mutlak untuk memberi dan menolak manafaat , sekalipun ia mempunyai pengaruh yang hebat , kekayaan yang melimpah dan kuasa yang kuat .

Begitulah jua tiada siapa yang berkuasa mutlak untuk menolak dan memberi mudharat . Penguasa , pawang , benda – benda keramat , jin jembalang dan sebagainya seringkali menyebabkan ummat Islam menjadi syirik dan kufur kepada Allah swt.

Hal ini berlaku apabila ummat Islam menganggap perkara tersebut mampu memberi serta menolak manafaat dan mudharat . Satu peringkat khasnya dalam masyarakat melayu fahaman Hantuisme begitu menebal sehingga melahirkan rasa harap dan takut yang bersangatan seolah – seolah hantu itu memiliki kuasa mutlak untuk memberi manafaat dan mudharat , sedang Allah swt. telah berfirman :

“ Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan ”

( Al Anbiya’ 22 )

“ Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? ”

( Al A’raaf 65 )

2 . الأنداد :
( Yakni : sesuatu yang memalingkan seseorang dari agama Islam dan ianya terdiri dari perkara yang disayangi seperti isteri , anak – anak , tempat tinggal , kaum keluarga , harta dan seumpamanya .

Firman Allah swt :

“ (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)”.

( Al Baqarah 165 )

Firman Allah swt :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan ( daripada ) berjihad untuk UgamaNya , maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya ( azab seksanya ) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang – orang yang fasik ( derhaka )

( At – Taubah 24 )

3 . الأرباب : ( Yakni : mereka yang memberi fatwa menyeleweng dan bercangggah dengan Kitab Allah swt. dan Sunnah Rasulullah saw. Seperti menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah )

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

( At Taubah 31 )

Rasulullah saw. Bersabda :

عن عدي بن حاتِم قال : جِئْتُ إلى النَّبي صلى الله عليه و سلم و عُنُقِيْ صَليبٌ مِن ذَهَبٍ فقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَدِي إِطْرَاحْ هَذَا الْوَثَنَ ثُمَّ تَلاَ : اِتْخَذُوْا أَحْبَارَهُمْ وَ رُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِن دُوْنِ اللهِ . فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ لاَ يَعْبُدُوْنَهُمْ : قَالَ أَلَيْسَ يَحِلُّوْنَ عَلَيْهِمْ مَا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِمْ فَيَسْتَحِلُّوْنَهُ أَلَيْسَ يُحَرِّمُوْنَ مَا أَحَلَّ اللهُ لَهُمْ فَيُحَرِّمُوْنَهُ قُلْتُ بَلَى قَالَ : تِلْكَ عِبَادَتُهُمْ .

رواه الإمام البيهقي

Maksudnya ; dari A’di bin Hatim telah berkata ; Aku telah menemui Rasulullah saw. sedang dileherku terkalung lambang salib yang diperbuat dari emas . Maka Rasulullah saw. telah bersabda : Wahai A’di buangkan lambang salib itu , lalu Rasulullah saw. membaca ( ayat 31 dari surah At taubah ) “ Orang Yahudi dan Nasrani telah menjadikan pendita – pendita mereka sebagai tuhan yang lain dari Allah ”. Lantas aku berkata : Ya Rasulallah: mereka ( Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah pendita – pendita mereka . Seterusnya Rasulullah saw. Bersabda : Bukankah mereka (Pendita ) menghalalkan ke atas mereka ( Yahudi dan Nasrani) apa yang diharamkan oleh Allah keatas mereka lalu mereka turut menghalalkannya dan bukankah mereka mengharamkan apa dihalalkan oleh Allah bagi mereka maka mereka turut mengharamkannya , maka aku berkata : Bahkan . (Akhirnya ) Rasulullah saw. Bersabda : Itulah penyembahan mereka.

( Riwayat Al Baihaqi )

Negara kita hari ini juga menyaksikan bagaimana dhohirnya ulama’ yang mengeluarkan fatwa – fatwa yang menyelewengg dan karut , namun ia masih diterima oleh sebahagian ummat Islam yang jahil . Seperti fatwa Politik suku ugama suku , Hudud tidak sesuai di zaman sains dan teknologi , syariat Islam tak boleh dilaksanakan kerana masyarakat majmuk dan sebagainya .

Tambah menyedihkan keadaan apabila negara kita mempunyai ruang untuk para juhala’ mengeluarkan fatwa dan pandangan , sedang orang alim pula diam membisu .

Sebagai contoh Akta keganasan rumahtangga , membolehkan isteri mendakwa suami atas tuduhan merogolnya apabila ia tidak mahu bersetubuh dengan suaminya tetapi suaminya tetap melakukannya. ( sedangkan Islam mewajibkan Isteri melayan suami walau apa keadaan sekalipun – kecuali uzur syarie . )

Akta tanah membolehkan kerajaan mengambil tanah rakyat sewenang – wenangnya di atas nama pembangunan tanpa boleh didakwa ke mahkamah . Sedang di zaman Zahir Shah , raja yang mengambil harta baitul Mal untuk kegunaan tentera di sempadan , ditentang hebat oleh Al Imam Nawawi Rhm.

Begitulah juga dimana peristiwa Saiyidina Omar didakwa ke Mahkamah oleh Al Abbas kerana mengambil tanahnya walaupun di atas tujuan untuk membesarkan masjid An –Nabawi .

Peristiwa – peristiwa ini menunjukkan bagaimana akta – akta tersebut bercanggah dengan usul dan qaedah syariat Islam , namun ia tetap diterima oleh sebahagian ummat Islam dan ulama membungkam sejuta bahasa kecuali segelintir dikalangan mereka . Inilah bahananya apabila Ulama’ diperintah oleh Juhala’

4 . الطواغيت :
( Yakni : sesuatu yang melampaui batas.) Saiyidina Omar Al Khattab rhu. menafsirkan Toghut sebagai Jalan – jalan Syaithan, sementara Imam Malik rhm. pula berkata : Semua perkara yang disembah selain Allah swt .dan ia rela disembah maka itulah Toghut .

“ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.”

( An – Nahl 36 )

Syeikh Mohd Abd. Wahab Rhm. Berkata :

“ seseorang itu tidak akan menjadi mukmin yang hakiki kepada Allah swt. melainkan ia menentang Toghut.”
Tuntutan asy Syahaadatain dan Penghayatannya.

( Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi )


بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH .

Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.
Tentunya لا إله إلا الله adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , لا إله إلا الله mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan لا إله إلا الله .
PENGERTIAN لا إله إلا الله .
لا إله إلا الله : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.
Firman Allah swt :
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
( Taha 14 )
Firman Allah swt :
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
( Al Fatihah 5 )
لا إله إلا الله : PETUNJUK dan DOA hanya kepada Allah swt .
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka [1], bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
( Al Fatihah 6 – 7 )
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Al Qasas 56 )
لا إله إلا الله : Menyeru supaya TAAT dan TAKUT hanya kepada Allah swt. serta dalam masa yang sama mestilah mendurhakai hawa nafsu yang menyeleweng. Pengertian ini melahirkan sifat dan watak TAQWA kepada Allah swt. apabila ianya dicerna dalam dua keadaan serentak :
1. Tunduk kepada Allah swt.
2. Lawan hawa Nafsu yang menyeleweng .
Firman Allah swt :
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
( An Naaziaat 40 – 41 ).
Mereka yang berhak menduduki syurga Allah swt. Ialah mereka yang:
1. Takut pada kebesaran Tuhannya
2. Cegah diri dari pengaruh hawa nafsu
Pengertian Taqwa :
1. Takut dalam erti kata TAAT ( melaksanakan semua bentuk perintah Allah samaada ringan atau berat dan meninggalkan semua larangan Allah swt. )
Cinta yang mendalam kepada Allah swt. dan tidak sampai bermain kayu tiga dengan Allah swt.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :
“ Hati tidak berasa gembira dan mencapai kelazatan yang sempurna melainkan hati itu sentiasa berada dalam keadaan cinta kepada Allah swt. dan senantiasa menghampirinya dengan apa yang dikasihinya . Tidak mungkin hati itu rasa cinta dan kasih kepadaNya melainkan dengan meninggalkan semua perkara yang dikasihi selainNya. Inilah hakikat لا إله إلا الله “
لا إله إلا الله : Juga memberi erti Mengikut dan mematuhi apa sahaja perintah yang datang daripada Allah swt.
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.
( Al A’raaf 3 )
Sebagai seorang mukmin kita tidak selayaknya banyak soal dan dalih dalam menerima arahan Allah swt.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَ مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنْمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَ اخْتِلاَفِهِمْ عَلى أَنْبِيَائِهِمْ .
Maksudnya : “ Dari Abi Hurairah Rha. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda : Apa yang telah aku larang kamu daripada melakukannya , maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu maka laksanakanlah semampu mungkin , maka sesungguhnya telah rugilah orang – orang sebelum daripada kamu kerana banyaknya persoalan mereka dan wujudnya percanggahan pendapat terhadap nabi – nabi mereka .

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sebagai seorang mukmin , jua tidak seharusnya kita menggunakan logikal manusia semata – mata dalam membuat penilaian ( untuk menerima atau menolak ) sesuatu hukum atau perundangan .
Berkata Imam Syafie Rhm. :
“ Kiranya Islam itu dinilai secara logik , nescaya segalanya rosak dan binasa . Contohnya : kenapa tatkala kita buang air besar , kita hanya diwajibkan basuh sedangkan ianya jelas najis . apabila keluar air mani , kita diwajibkan mandi sedang ianya tidak najis.”
Ini menunjukkan kepada kita , bahawa Islam diamalkan bukan kerana logik atau tidak sesuatu amalan tersebut, tetapi berdasarkan ketaatan menjunjung tinggi titah perintah Allah saw.
Firman Allah swt :
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.
( al a’raaf : 3 )
Negara kita tidak ketinggalan menerima ancaman dari golongan Aqlaniyyah yang cuba menafsirkan semula Al Quran menggunakan aqal dan logik .
Sabda Rasulullah : [2]
عن سعيد بن جُبَيْرٍ عن ابْنِ عباسٍ رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ قَالَ فِي اْلقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ .
رواه الترمذي وقال أبو عيس هذا حديث حسن صحيح
“ Barangsiapa yang bercakap mengenai ( menafsirkan ) AlQuran tanpa ilmu ( berdasarkan pandangan aqalnya semata – mata ) , maka silalah sediakan tempat tinggalnya di dalam Api neraka.”

( Riwayat at Tarmizi )
Menafsirkan Al – Quran mestilah berasaskan qaedah yang ditetapkan, bukan secara ‘ semborono ‘ atau ‘ hentam kromo ‘ juga bukan mengikut ‘ faham sendiri ‘ yang jauh dari ketetapan qaedah muktabar.
Ijma’ ulama’ menggariskan qaedah tafsir dalam 5 usul dan qawai’d [3] :
1. Tafsir Quran dengan Quran
2. Tafsir Quran dengan Sunnah
3. Tafsir Quran dengan kata–kata Sahabat Rhm.
4. Tafsir Quran dengan Lughah Arabiah
5. Tafsir Quran dengan apa yang difahami daripada ayat .
( seperti berasaskan Asbabun Nuzul dan Dhohir ayat . )
Imam As – Sayuthi berkata :
“ Tidak adalah yang lebih jahat dan bodoh daripada daripada ulama’ yang menggunakan ayat – ayat quran untuk membenarkan pemikirannya ( yang berdasarkan hawa nafsu ) ”
Sebagai seorang mukmin kita tidak harus degil dan takabbur terhadap ketetapan Allah swt.
لا إله إلا الله memaksa kita tunduk dan patuh kepada kebenaran Ilahi . Keengganan kita hanyalah membawa kita ke Neraka Allah dan kekal di dalamnya .
Firman Allah swt :
” Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
( Al Baqarah 39 )
Sifat enggan dan takabbur inilah menjadi 2 sifat aktif yang mendorong seseorang menjadi kufur kepada Allah swt. sebagaimana ianya pernah menimpa Iblis A’laihi Laknatullah .
Firman Allah swt :
“ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
( Al Baqarah 34 )
Namun , amat malang sekali apabila budaya degil dan sombong ini berkembang pesat dikalangan segelintir ummat Islam semata – mata kerana sikap tidak mahu mengalah . Sedang kita telah diajar oleh Allah swt :
“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
( Ar Ruum 30 )
لا إله إلا الله : Bererti menolak dan menjauhkan diri secara menyeluruh akan semua bentuk undang – undang dan cara hidup Jahiliyyah .
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. . Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

( Al Maaidah 50 – 51 )
[1] Ayat 69 dari Surah An Nisa’ ( di bawah ) adalah menafsirkan golongan yang mendapat nikmat .

[2] Sunan at Tarmizi . Jilid 5 . Muka surat 199 .
كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

[3] Keterangan lanjut Ruju’ Kitab أصول التفسير و قواعده Karangan Syeikh Khalid Abdur Rahman .

Menukar Pemerintahan Menurut Perbahasan Ulamak

Oleh : Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin

(tulisan beliau ini disebarkan pada lingkungan tahun 2002, sebelum beliau menjadi mufti Perlis lagi)

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.
Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)
Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.
HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.
Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.
Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)
Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)
KUFR BAWWAH
Berhubung dengan persoalan kufr bawwah maka para ulamak berbincang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan dalam hadith diatas dan hadith-hadith lain yang menggunakan perkataan yang sama yang kerananya membolehkan pemerintah ditendang dan dipecat.
Ada yang menafsirkan dengan mungkar yang terang yang melanggar kaedah Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi kerana begitu terang dan nyata. Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apa pengorbanan sekalipun(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh, Beirut)
TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH
Persoalan tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan dikurun ini. Hendaklah kita ketahui bahawa sepanjang sejarah umat Islam sememangnya pernah wujud para pemerintah yang memiliki keperibadian yang tidak baik, Namun sejarah tidak pernah memberi tahu dikalangan mereka yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembangan dalam masyarakat dan negara.
Kejahatan mereka bersifat akhlak peribadi.Tetapi Islam tetap menjadi teras dan asas undang undang negara. Tidak pernah dikalangan meeka mengistiharkan pengubalan undang-undang yang tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada pemerintah yang melakukan sedemikian pasti umat islam yang ada ketika itu mengistiharkan jihad besar-besaran terhadap mereka.
Hal ini dapat kita lihat kepada fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Kathir terhadap pemerintah Tatar atau Monggol yang mengubal undang-undang ketika menawan Baghdad dengan mencampurkan undang-undang Yahudi, Keristian, Islam dan juga pemikiran pemimpin mereka iaitu Ginkiz khan.
Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Ginkiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu , Yahudi, Nasrani,Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ,sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-�eAzim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Ctk. Beirut)
Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)
Syeikh al-Islam Ibn-Taimiyyah, tokoh ilmuan yang agong, juga merupakan guru utama al-Imam Ibn Kathir, dengan lebih terperinci menyebut: Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beriqtikad wajib berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah kafir, Sesiapa yang menghalalkan untuk berhukum dikalangan manusia dengan apa yang dianggapnya adil tanpa mengikut apa yang diturunkan Allah, maka dia adalah kafir�c Katanya lagi: Mereka itu jika mengetahui bahawa tidak harus bagi mereka berhukum kecuali dengan apa yang diturunkan Allah tetapi tidak mematuhinya bahkan menghalalkan untuk berhukum menyanggahi apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang kafir. (rujukan Majmuah at-Tauhid m.s. 205,206,Ctk. Dar al-fikr, Beirut.) Dengan penjelasan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,maka jelas diperincikan bahawa yang menjadi kufur adalah mereka yang tidak menganggap wajib berhukum dengan sistem Islam atau yang menghalakan sistem yang selain Islam.Namun sesiapa yang beriktiqad wajib berhukum dengan syariat Allah dan ianya syariat yang paling sempurna dan adil tetapi tidak berhukum dengannya kerana kepentingan peribadi dan harta benda dunia maka mereka adalah golongan yang sangat fasik dan zalim.
PEMERINTAH MUSLIMIN SEMASA
Sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam dan menghalalkannya maka ini adalah kufur, maka diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin. As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.
Pertama: Kekuatan ketenteraan.
Kedua: Perlimen yang mampu mengubah dasar.
Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada. (Untuk huraian yang lebih terperinci sila lihat Fiqh Ad-Daulah m.s. 125.Ctk.Dar asy-Syuruq, Qaherah.)
Bagaimana sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat allah tetapi tidak menghalalkannya. Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?
Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan )
Perlu diingatkan bahawa perlaksanaan syariaat bermaksud mengistiharkan dengan jelas dan benar bahawa al quran dan as-sunnah adalah perlembagaan pemerintahan . Adapun kecacatan dalam proses perlaksanaan syariat setelah ianya diistiharkan yang berpunca daripada kelemahan pemerintah atau pengendalian, ini tidak membolehkan rakyat keluar menentangnya selagi kecacatan tidak menjejaskan prinsip atau boleh dibetul dengan mudah disebabkan sudah tertera dalam perlembagaan negara.
Demikian adalah secara ringkas perbahasan dalam isu reformasi menjatuhkan pemerintah menurut pandangan Islam.

RAKYAT JANGAN TAKUT….10 NOV. 2007 

 Desktop\20071026iklanbersihoc3

20071026iklanbersihoc3.gif

Tinggal hanya beberapa hari lagi, perhimpunan 100,000 untuk menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil akan berlansung di Dataran Merdeka 10 November ini. Ini adalah satu perhimpunan sekalian rakyat. Ini adalah perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Ini adalah perhimpunan raksaksa bagi memanifestasikan keluhan rakyat mengenai perjalanan sistem pilihanraya di negara ini yang terlalu banyak sumbing dan tempangnya. Justeru, tiada sebab ia perlu dihalang oleh sesiapa saja samada polis mahupun kerajaan sendiri.Banyak pula kebelakangan ini desas-desus dan usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan ini. Kononnya ianya tidak berpermit, kononnya peserta perhimpunan akan dihalang dengan cara termasuk sekatan jalanraya menuju ke Dataran Merdeka, kononnya anggota FRU telah bersap sedia untuk “menggempur” perserta perhimpunan, kononnya nanti ada yang bakal “tertembak” dan 1001 jenis desas-desus lain yang cuba untuk menakutkan orang ramai untuk turut serta perhimpunan berkenaan.Kita ingin nyatakan kepada mereka BAHAWA semakin kuat rakyat dihalang akan semakin kuat penentangan yang datang, semakin kejam rakyat diperlakukan semakin membara semangat rakyat untuk berada di jalanan bagi mempastikan kezaliman itu berakhir dan semakin tinggi keangkuhan kerajaan untuk menutup suara rakyat maka semakin cepat kerajaan yang ada di campakkan ke lembah kekalahan dan kehinaan.Kita ingin menyeru kepada pihak Polis agar tidak secara wewenangan melakukan sekatan-sekatan ataupun tindakan-tindakan provokasi ataupun penyalah-gunaan kuasa untuk mendera dan bertindak kejam ke atas para hadirin yang hadhir di perhimpunan berkenaan.Sudah cukup banyak kejadian di masa lalu polis-polis telah bertindak ganas dan kasar, menggunakan kekerasan tidak kena pada tempatnya, menyembur gas pemedih mata secara kejam dan zalim semata-mata beralasan untuk menyuraikan satu perhimpunan aman, menyeret-memukul-mendera rakyat menjadi tabiat polis di mana sahaja demonstrasi aman diadakan, provokasi polis serta pengunaan senjata api untuk “menembak” rakyat yang tidak berdosa adalah insiden Batu Burok yang masih segar di dalam ingatan sekalian rakyat._288802_riot300.jpgKepada sekalian rakyat, kita serukan agar JANGAN GENTAR dan JANGAN TAKUT kepada sebarang kezaliman dan kekejaman yang mugkin berlaku. Precedent mahkamah telah pun ada untuk menjutawankan mereka yang disiksa dan didera polis. Keputusan mahkamah 18 Oktober lalu dimana Sdra Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada zaman reformasi lain sepatutnya menjadi peransang untuk sekalian rakyat marhaen yang tidak bersalah untuk tidak lagi gentar dengan sebarang ugutan polis atau sesiapa sahaja selepas ini. Itu habuan yang tidak kecil, namun yang lebih penting darinya ialah usaha bakti tuan-tuan untuk mewariskan kepada rakyat dengan satu sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih.Rakyat telah sekalian lama dikatunkan oleh pemerintah dengan sistem pilihanraya yang kotor, jijik lagi berat sebelah. Diperbodohkan pula oleh menteri-menteri alang kepalang kematangannya yang kini menjaga kementerian-kementerian penting di dalam negara. Rakyat dihina dengan tindak-tanduk pegawai-pegawai kerajaan seperti Peguam Negara dan Biro Pencegah Rasuah dengan pembebasan perasuah-perasuah dari kalangan orang ternama. Pengundi-pengundi ditipu hidup-hidup oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang gagal menjalankan amanah negara supaya bertindak adil dan saksama. Rakyat dihidangkan dengan berita-berita yang senget sebelah oleh media massa arus perdana. Kesemuanya ini perlu dihentikan segera dan perhimpunan 10 November adalah titik mulanya!Dan tiada siapa berhak untuk menahan dan menghalang rakyat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agong jika Yang Di Pertuan Agong sendiri sudah sedia untuk menerima rafak sembah rakyatnya.APA YANG ANDA PERLU LAKUKANPeserta perhimpnan perlu menjaga disiplin sepanjang masa kerana kita berhimpun secara aman. Kita berhimpun untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.Hadirkan diri dan jangan timbulkan lakukan apa-apa tindakan sebelum mendapat izin dan makluman dari pimpinan perhimpunan.Datang dan sertai kelompok orang yang ramai mengikut pertubuhan masing-masing dan jangan berjalan sendirian.Jangan membawa senjata api atau apa-apa juga benda-benda tajam atau bahan bakar.Jangan berlari, jangan membaling apa-apa, jangan rosakkan sebarang kenderaan atau apa juga yang ditemui di sepanjang jalan seperti pokok-pokok, tanaman bunga, papantanda, bendera dan sebagainya serta jangan memaki atau berbahasa kesat kepada sesiapa sahaja.Elakkan menghisap rokok di sepanjang jalan kerana puntung rokok yang dibuang mungkin boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan.Seandainya kenderaan anda ditahan oleh polis1) Dapatkan kad kuasa polis yang menahan dengan baik untuk pastikan beliau sememannya seorang anggota polis. 2) Ambil gambar dari beberapa kamera yang berbeza terhadap insiden itu 3) Jangan lari, jangan takut tetapi jangan timbulkan sebarang ketegangan 4) Kawal emosi serta berhubung dengan pimpinan sekadar segeraPolis yang berpakaian preman (SB-SB) amat mahir untuk menimbulkan provokasi di dalam keadaan-keadaan seperti itu. Justeru itu tuan-tuan pastikan:1) mengenali provokator yang bertindak lain dari apa yang diarahkan pimpinan2) mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya ada di dalam sebarang perhimpunan aman seperti membakar bendera, membaling batu, memaki hamun, merosakkan kenderaan dan harta benda serta bertindak ganas3) mengambil gambar-gambar mereka dan perlakuan mereka dari kamera atau videocam yang banyak dan berbeza-beza (penting untuk evidence jika ada kes mahkamah dan penting juga jika satu rampas ada 10 yang lain)4) bertanya kawan jika ada yang mengenali “orang yang bertindak ganjil” it5) bertindak untuk menasihat “perbuatan ganjil” itu dihentik6) melihat kelompok yang membawa sepanduk/banner, supaya hanya sepanduk/banner yang diluluskan sahaja dibawa (ertinya tiada sepanduk/banner yang bermaksud lain daripada motif atau motto perhimpunan)7) pakaian yang digunakan oleh peserta tidak ada tulisan atau gambar motif keterlaluan, sebaik-baiknya pakaian berwarna kuning atau memakai pakaian rasmi perhimpunan. Semuga PERHIMPUNAN 10 NOVEMER 2007 ini berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi titik tolak baru di dalam sejarah kebangkitan rakyat negara ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. hendaknya. 

http://chegubard.blogspot.com

Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya, “dari mana pulak minah arab ni?”

Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di depan.

Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Professor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.

“Assalamualaikum”, sapaku.

“waalaikumsalam warahmatullah”, jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.

“Kamu boleh cakap melayu tak?”, tanyaku dalam nada yang kurang yakin.

“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu”, jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini.

“Oh ya, nama saya Afanizam”.

“Nama saya Siti Hawa dari palestin”.

Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku
kerana kerakusan penceroboh dari bangsa Yahudi. Ini buatkan aku ingin bertanya lagi.

“Kat sana tiada universiti ke?”

“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel”, jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih.

“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis
belajar ?”

“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan Islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”.

“Betul. Betul”. jawabku sambil tersenyum.

“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel”.

“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami
bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh
israel”.

“Keluarga kamu macam mana?”, tanyaku lagi.

“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel”.

“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar”.

“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan
sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami”.

“Insya-Allah”, jawabku.

“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas”, pinta Siti Hawa.

“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik”.

“Terima kasih”, balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.

Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat dia seorang yang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.

Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku mencari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang. Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan ‘air cond’ dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut.

Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.

Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam. Eh ustaz, minum ustaz”

“Ana baru minum tadi. Ni ana dapat maklumat ada kenduri lepas jumaat ni kat Masjid Ar
Rahman”.

“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”.

“Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang la”.
“Insya-Allah ustaz”.

Dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis. kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. antaranya tertulis, “Hidup islam hancur Israel!”. akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai ‘winbreaker’ untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.

“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”

“Perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis”

“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama”

“saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan”.

Di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ. Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu

“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”

Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.

“Eh, kamu ke Siti Hawa?”, aku bersuara dengan termengah-mengah.

“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya”, Siti Hawa juga terkejut.

Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.

“Kenapa kamu menangis?”.

“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara Islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis”.

Terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.

Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.

“Apa rancangan kamu selepas ini?”.

“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu”.

Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan sunting orang. Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.

“Selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu”.

Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya.

Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang. hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika. Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi;

“Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri”.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya”. Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.

~Dipetik dari: http://karyamuslim.blogspot.com/