Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘isu mahasiswa’ Category

Selepas UPM, Kes Buli Merebak ke UM Pula
Saturday, September 22, 2007
Setelah selesai teka teki tarikh pilihan raya kampus (PRK), senarionya terus bergolak dengan insiden-insiden tradisi setelah gendang ‘pertandingan’ dipalu.

Umpama tradisi, menjelang PRK insiden-insiden tersebut mengganggu keharmonian perjalanan rutin kehidupan seseorang mahasiswa di menara gading.

Terbaru, pelajar tahun pertama, Jurusan Sains Gunaan dan Pengajian Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Khalila Bakri ditangkap dan dikasari ketika bangun untuk mengerjakan solat sunat dan qiyamullail.

Beliau yang merupakan penghuni Kolej Kediaman Ke sepuluh disoal siasat oleh Presiden Kolej, Arie Sakina yang terserempak dengannya pada jam 4.30 pagi 12 September lalu.

“Kemudian dia meminta saya mengeluarkan apa yang berada di bawah tudung saya dan di dalam poket seluar saya. Dia menuduh saya mempunyai dan mengedar risalah haram,” demikian menurut laporan aduan beliau.

Setelah Khalila diperiksa diri dan gagal menemui apa-apa, dengan tegas Arie mengarahkan Khalila memasuki biliknya, kemudian memanggil dua lagi rakannya untuk menjalankan soal siasat

“Jika saya mendiamkan diri dia telah mengatakan saya tidak beradab. Saya tidak tahan mendengar kata-kata kutukan beliau lalu bertindak untuk keluar daripada bilik tersebut tetapi ditahan oleh dua orang rakannya. Mereka menahan dengan memegang saya serta merentap baju saya sehingga koyak,” menurutnya lagi.

Khalila merasakan kekasaran yang dilakukan ini mengganggu fikiran serta mengganggu konsentrasi pembelajaran beliau memandangkan beliau merupakan pelajar tahun pertama di kampus tertua itu.

Sementara itu di kampus yang sama, pelajar tahun ketiga Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Mohd Hilman Mohd Nordin telah dirampas barang-barang peribadi, komputer riba dan kamera.

Kejadian tersebut berlaku pada 12.15 tengah malam 5 September, selepas di tahan oleh Pengetua Kolej Kediaman Kedua Prof. Dr. M Rajantheran tanpa diberikan sebab.
Ujarnya, semasa kejadian tersebut berlaku beliau diziarahi oleh rakan beliau, Taufiq, dan secara tiba-tiba Penyelia Kolej iaitu Mahaghanapati mengetuk pintu bilik dan memasuki bilik bersama beberapa orang lagi.

“Kemudian Mahaghanapati telah menghubungi Pengetua Kolej Kediaman Kedua Prof. Dr. M Rajantheran yang tiba sejurus selepas itu. Beliau juga telah memanggil maka wakil Jabatan keselamatan untuk datang ke bilik saya,” demikian menurut aduan tersebut.

“Saya ditahan dengan alasan saya telah membawa masuk pelajar luar ke dalam kawasan kolej kediaman.Barang-barang saya juga dirampas iaitu laptop dan camera. Kemudian saya dibawa ke pejabat keselamatan bersama rakan saya Taufiq bagi membuat siasatan lanjutan,” menurutnya lagi.

Semasa beliau saya di soal siasat oleh Pegawai Keselamatam, Muzakir pada jam 12.30 tengah malam di pejabat keselamatan, kad pengenalan bersama dan rakannya diambil untuk dibuat salinan.

Hilman turut diminta memberikan kata laluan atau password bagi membuka laptop tetapi beliau enggan, yang menyebabkan pihak keselamatan meminta juruteknik bertindak memecahkan kod laluan bagi membuka laptop tersebut.

“Kemudian rakan-rakan telah datang dan kekecohan telah berlaku. Seterusnya saya telah di soal siasat berasingan,” jelas laporan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa penahanan tersebut adalah tidak berasas berdasarkan Perkara 28 (1) Bahagian III Tatatertib Asrama yang di nyatakan dalam Buku Panduan Mahasiswa “Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri,” demikian menurutnya lagi.

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) – Pelbagai pihak cuba berteka teki tarikh pilihan raya kampus bagi sesi 2007/2008. Namun, ia disangkal oleh pelbagai pihak yang cuba untuk menutup jejak dan strategi yang sedang digunapakai dalam ‘peperangan’ ini.

Harakahdaily mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa tarikh PRK akan diadakan pada 2 Oktober, iaitu dua minggu sebelum umat Islam merayakan hari raya Aidilfitri.

Ini bermakna hari penamaan calon adalah pada 24 September, yang memberi peluang kepada semua calon untuk berkempen selama seminggu.

Dalam pada itu, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pembubaran kabinet mahasiswa adalah pada 21 September ini iaitu esok.

Tindakan itu selaras dengan semua kampus lain yang akan menjalani hari pembuangan undi pada tarikh yang sama.

Sebelum ini, pelbagai pihak cuba membuat andaian, termasuklah berita terbaru yang menyebarkan bahawa PRK akan dijalankan pada 27 September ini. Tetapi maklumat tersebut dinafikan oleh pihak pentadbiran universiti berkenaan yang menyatakan ia adalah maklumat palsu.

PRK 2007 diwarnai dengan pelbagai insiden menarik yang dimulai dengan tuntutan mahasiswa terhadap perjalanan PRK yang bersih dan adil kepada beberapa pihak yang berkuasa seperti Kementerian Pengajian Tinggi(KPT), Suruhanjaya hak Asasi Manusia(Suhakam) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Parlimen Malaysia(Kaukus).

Suhakam menyambut baik hasrat mahasiswa tersebut, sekadar boleh menyuarakan tuntutan mereka kepada pihak yang berkuasa, namun mereka tetap tidak dibenarkan masuk ke kampus untuk memantau perjalanan PRK.

Apabila dirujuk kepada Kaukus pula, mereka menyatakan bahwa ia bukan bidang kuasa mereka dalam nada menyokong tuntutan yang diperjuangkan kelompok mahasiswa tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kampus dikejutkan dengan insiden geledah bilik, rampasan barang persendirian, sabotaj kenderaan, notis dan sms ugutan, tindakan buang kolej dan pelbagai lagi yang merancakkan pertembungan antara kumpulan Aspirasi dan pro-mahasiswa di seluruh kampus.

Anehnya, pihak KPT masih berdiam diri, kelu tanpa sebarang reaksi terhadap rungutan dan permintaan mahasiswa seolah-olah sedang merancang atau melakukan sesuatu.

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) – Demam Pilihan raya kampus (PRK) kini terus melanda mahasiswa dengan beberapa tindakan agresif yang didakwa mula dimainkan oleh pihak bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Aspirasi.

Terbaru di Universiti Putra Malaysia (UPM), beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi.
Menurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.

Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.
Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.

Setelah itu, Yee Yang telah menghubungi Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Othman Jailani yang mengesahkan bahawa tiada sebarang operasi dijalankan pada malam tersebut.
Risalah tersebut juga menyatakan bahawa pada keesokan harinya, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.

Namun, setelah polis berhubung dengan pihak keselamatan, mereka mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu ialah pihak Unit Tugas Khas (UTK) dan laporan polis hanya dibuat sekiranya UTK enggan memulangkan semula barang-barang yang dirampas.
Kemudian mereka telah pergi ke Jabatan Keselamatan tetapi pihak UTK tidak mahu melayan aduan mereka. Akhirnya, pihak UTK mengeluarkan satu surat mengesahkan rampasan terhadap barang-barang milik Yee Yang.

Sementara itu, bilik Pengerusi BMB, Mohd Taufiq Mahmud juga telah dijadikan mangsa oleh Pengetua dan Pegawai HEP pada 13 September sehinggakan motosikal beliau telah dikunci pada keesokkan harinya.

Selain itu, risalah tersebut juga mendakwa terdapat juga insiden yang membabitkan motosikal mahasiswa yang disabotaj serta diletakkan notis ugutan supaya tidak terlibat dalam PRK.

Read Full Post »

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyokong penuh titah baginda Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin yang disampaikan dalam sebuah program di Universiti Malaya baru-baru ini. Saranan baginda agar demokrasi kampus yang telus dan adil perlu dilaksanakan di dalam kampus adalah berasas. Selama lebih dari sedekad, mahasiswa telah menyaksikan pelbagai kebobrokan dan pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus secara terang-terangan.

Bermula daripada prosedur penamaan calon yang tidak adil, tempoh berkempen yang tidak munasabah, peraturan-peraturan yang bersifat prejudis dan campurtangan daripada parti-parti politik luar, menyebabkan mahasiswa semakin hilang rasa yakin dan percaya terhadap pentadbiran universiti untuk merealisasikan sistem demokrasi kampus yang telus dan adil.Justeru, GAMIS melihat bahawa titah baginda Raja Muda Perak itu tidak seharusnya dipandang remeh, apatah lagi dipandang melalui kaca mata politik yang sempit.

Gesaan baginda agar proses pendemokrasian perlu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu diberi perhatian secara serius oleh semua pihak. Peranan NGO seperti SUHAKAM, SUARAM, HAKAM, GERAK dan sebagainya dalam usaha pendemokrasian kampus sedikit-sebanyak mampu merealisasikan hasrat murni ini lantaran kegagalan pihak pentadbiran untuk menjayakan tugasan tersebut.

GAMIS juga bersetuju dengan titah baginda yang mengiktiraf universiti sabagai sebuah gedung ilmu yang perlu dibebaskan ruang demokrasinya bagi melahirkan pemimpin pada masa akan datang. Justeru, GAMIS menggesa agar titah Raja Dr Nazrin ini diambil serius oleh pihak-pihak yang berwajib dan perlu segera dilaksanakan agar ruang demokrasi di kampus dilaksanakan dengan telus dan adil. Mohd Dzulkhairi Mohd Noor,Presiden,Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Read Full Post »

Oleh: Al-Fateh87

Baru-baru ini, pusat asasi di petaling jaya dikejutkan dengan satu program tajaan penuh kerajaan yang secara jelas menonjolkan motif supaya peajar menyokong semua usaha kerajaan. Program yang dianjurkan oleh sebuah konsultan tempatan, HK PARTNERS, bertempat di negeri Sembilan adalah program latihan untuk para pelajar yang akan menjadi facilitator untuk ‘study circle’ atau dalam bahasa mudahnya naqib untuk usrah wajib pusat asasi uia.

Pada hari pertama lagi, para pelajar diajak untuk menghitung semua ‘jasa kerajaan’ dan konklusi yang dibuat adalah tidak patut bagi pelajar menentang kerajaan dalam apa jua aspek. Ini situasi pada hari pertama, bayangkan sahaja pada hari-hari yang lain.‘Training Camp’ ini juga dicemari dengan masalah social yang teruk. Antaranya ialah pada sesi ice breaking, para ‘naqib’ ini dibahagikan pada beberapa kumpulan terdiri dari lelaki dan perempuan.

Kemudiannya mereka dipecahkan pula secara bepasangan lelaki dan perempuan dan diminta bertaaruf sesame mereka. Apa kejadahnya ini semua. Sedangkan umum mengetahui bahawa study circle yang bakal dikendali oleh mereka adalah beasingan siswa dan siswi.

Kes yang kedua ialah seorang sisiwi dilaporkan menangis dipegang oleh komiti lelaki dari HK PARTNERS. Mungkin pada anggapan mereka itu adalah biasa,tapi bagi kami selaku pelajar islam dari sebuh ‘universiti islam’, ianya merupakan satu penghinaan pada kami dan pada ‘agama kami’. Kalaupun mereka, komiti HK PARNERS tidak mahu mempedulikan prinsip dan asas agama ini, tetapi sekurang-kurangnya mereka menghormati prinsip dan pegangan kami.

Isu yang cuba diketengahkan disini adalah kebobrokan Konsultan HK PARTNERS yang diambil secara terus sebagai konsultan pelatih oleh pihak pentadbir pusat asasi uia dalam mengendalikan sebuah kem latihan untuk siswa dan siswi yang bakal bergelar fasilitator atau naqib. Meraka dilihat cuba ‘mencabut agama’ dari diri pelajar dengan cara yang sangat halus dan dokrin yang berterusan. Sedangkan umum mengeahui bahawa tidak ada cara yang lebih baik selain kembali pada agama dalam usaha membentuk manusia.

Seandainya hal ini dibiarkan bererusan, kita khuatir bahawa suatu hari nanti, produk yang bakal dihasilkan oleh univesii islam ini hanya tinggal islam pada nama. Kehidupan mereka penuh dengan budaya social barat, asas agama yang mula luntur dan kehidupan yang jauh daru budaya hidup islam. Hal ini mungkin terjadi pada generasi kita atau generasi anak-nak kita nanti andainya tiada usaha yang dibuat untuk menghentikan HK PARTNERS dengan kerjasama LEADERSHIP AND TRAINING DEPARTMENT pusat asasi dari terus bermaharajalela sesuka hati mereka.

Sekian.

Read Full Post »

Gerakan Mahasiswa Islam

Mencabar (2)

 

 

 

951473959l.jpg

BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI

‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu cara hidup’

Dalam bab ini penulis cuba merumuskan buah pemikiran ulama haraki seperti al Syahid Iman Hasan al Banna, Said Hawwa, al Syahid Sayyid Qutb, Abu A’la al Maududi dan beberapa ulama lagi. Sub-topik yang dikemukakan dalam nukilan dibawah merupakan ringkasan paling asas dan kunci utama pemikiran tokoh haraki Islam. Ini akan memudahkan mahasiswa memahami intipati yang ingin dijelmakan oleh tokoh haraki tersebut. Dalam perjuangan untuk menegakkan Islam, pro951473959l.jpgses pembinaan akidah sangat penting agar gerakan Islam dapat mengembleng tenaga-idea kader-kader yang sukses dan berprestasi. Dengan mengetahui roh perjuangan GMI, kader-kader GMI akan dapat menyatukan fikrah dengan meneliti buah fikiran yang sama iaitu bersumber al Quran dan hadis. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menegakkan kekuasaan Allah di muka bumi.

MENEGAK KALIMAH TAYYIBAH DALAM MASYARAKAT DAN JIWA INSANI

Kalimah tayyibah merupakan ikrar agung makhluk kepada Allah SWT. Kalimah agung ini merupakan akar tunjang kepada agama Islam. Kita sebagai muslim diwajibkan melakukan pengabdian kepada Allah SWT bukan kepada sesama manusia. Pengabdian ini bukan sahaja dibuktikan di dalam rakaat-rakaat solat tetapi dicerminkan sebagai gaya hidup seharian sama ada secara individu atau bermasyarakat. Keseluruhan aspek kehidupan perlu mengikuti ajaran Islam termasuk muamalat, politik, dan sosial sebagai tanda pengabdian kepada Allah SWT. Oleh itu, seorang muslim perlu menggunakan secara keseluruhan kaedah Islam dalam setiap aspek kehidupan.

Masyarakat tanpa pelaksanaan dan tiada penjelmaan kaedah-kaedah Islam tidak boleh dipandang sebagai masyarakat Islam. Jika seorang muslim sanggup menggunakan kaedah selain daripada Islam, ini bermakna mereka melakukan syirik kerana mengharapkan kuasa makhluk daripada kekuasaan Allah. Mereka telah mempermainkan kalimah tayyibah dengan kemanisan kata-kata dan pada masa yang sama mereka mengharamkan diri daripada melaksanakan kaedah Islam yang terkandung dalam al Quran dan hadis nabi. Mereka lebih mempercayai hukum dunia ciptaan manusia daripada hukum Allah. Inilah manusia bertuhankan nafsu yang hanyut dalam kehidupan jahiliah.

Penjelmaan kalimah tayyibah dalam kehidupan realiti menandakan kemunculan keagungan iman dalam diri insani dan masyarakat Islam. Hidup kita untuk membina masyarakat Islam perlu diteruskan tanpa mundur walaupun kita menghadapi masyarakat jahiliah moden yang tepu dengan kemungkaran dan maksiat. Sekarang kita menghadapi tradisi sosial yang pincang, kekuasaan politik yang korupsi, perundangan yang bathil, dan dengan realiti yang popular dan disukai masyarakat majoriti tetapi jelas bertentangan dengan konsep iman. Wahai Sahabat Mahasiswa! Jangan kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang beriman [rujuk Aali Imran:139]. Teruskan perjuangan, sesungguhnya kita berada di landasan yang benar untuk menegak kalimah tayyibah di alam ini sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah SWT bukannya mengabdikan diri sesama manusia.

AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP

Kini, umat Islam berada dalam keadaan muflis daripada segala aspek kehidupan termasuk dalam politik, pendidikan, ekonomi dan ketenteraan. Inilah padahnya jika umat Islam kehilangan roh perjuangan yang dinyalakan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Baginda Rasulullah mendidik para sahabat dan umat Islam dengan suluhan al Quran tetapi sekarang umat Islam sendiri telah mencampur aduk arahan-arahan al Quran dengan idealis ciptaan manusia. Umat Islam menganggap al Quran hanya untuk dibaca, diselidik, dikaji dan sebuah cerita penglipur lara. Mereka mempertandingkan bacaan al Quran tanpa memahami kehendak al Quran. Umat Islam sekarang lebih selesa dengan membaca tanpa amal dan tidak memahami arahan al Quran bahkan ada diantara mereka yang menolak ajaran al Quran dengan alasan sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Celakalah golongan ini, golongan mengejar kekafiran walaupun ditawar hidayah kepadanya.

Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita menterjemahkan segala arahan dan perintah Allah dalam al Quran ke dalam kehidupan kita. Kita harus mempunyai perasaan belajar untuk melaksanakan terus [segera] segala ajaran al Quran tanpa alasan. Jangan jadikan al Quran hanya sebuah teori tanpa praktikal. Al Quran adalah panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen dan Allah sendiri telah merasmikan bahawa al Quran sebagai garis pemisah antara hak dan bathil. Untuk menghidupkan al Quran ke dalam diri dan masyarakat kita, kita wajib mengamalkan budaya ‘saya dengar, saya patuh’ tanpa sebarang alasan. Hanya al Quran penentu kebenaran walaupun ia pahit untuk kita menerimanya.

JIHAD ADALAH JALAN KAMI

Dr. Muhammad Said Ramadan al Buti mendefinisikan jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Sabda Nabi ‘sesiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliah’. Untuk meneruskan liku-liku perjuangan, GMI perlu membangkitkan semangat jihad yang kental bagi menghadapi mehnah musuh. Wahai sahabat mahasiswa! Ingatlah jalan yang kita pilih ini adalah jalan jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan gaya hidup berteras agama Islam yang murni. Jihad kita ialah menentang sesiapa yang mengingkari agamanya dan menyerukan umat manusia kepada kebaikan dan menegah kemungkaran. Jihad bagi mahasiswa dengan mengorban masa, tenaga dan harta benda untuk memenangkan agama Allah di dalam dan luar kampus.

Wahai Sahabat mahasiswa! Marilah kita menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariah dan undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Allah daripada tangan manusia yang durjana yang berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berjaya jika hanya setakat bertabligh, berpidato dan ceramah penerangan sahaja. GMI haruslah turut sama bangkit membantu gerakan Islam dalam membebaskan umat manusia daripada pengabdian sesama manusia dengan mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat Islam. Wahai sahabat mahasiswa sekalian! marilah kita bersama-sama menjadi tenaga-idea kita digunakan untuk merealisasikan cita-cita jihad kita menubuhkan negara Islam yang berasaskan al Quran dan hadis yang murni dengan apa jua cara termasuk mati syahid.

Jarak untuk menuai hasil perjuangan masih jauh, ia memakan masa yang panjang. Kemenangan bagi GMI bukanlah segalanya. Tapi yang paling penting bagi kita adalah kader-kader GMI menjadi jambatan untuk orang taat dan patuh kepada arahan Allah dalam melihat Islam muncul sebagai pemerintah alam. Wahai sahabat mahasiswa! Ranjau berduri harus kita terima dengan redha dan sabar. Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah kita nyalakan pelita perjuangan, marilah kita menyemak dan mengkaji serta mengambil iktibar daripada sirah nabi, para sahabat dan pemimpin haraki untuk menghadapi musuh yang bertuhankan material. Lihatlah Sayyid Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya ia dihukum gantung tetapi baginya kematian hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya. Matlamat Sayyid Qutb menemui kekasih yang merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh sahabat! Mari bersama menegak Islam di kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Perjuangan kita adalah jihad.

ISLAM SEPENUHNYA ATAU SEBAHAGIAN?

Islam merupakan satu gagasan dan sistem kehidupan yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Sistem Islam adalah lengkap, saling mendukung antara satu sama lain dan bersifat menyeluruh. Tetapi sayang, kini orang Islam sendiri cuba mengantikan Islam dengan satu gagasan dan sistem yang jauh berbeda dengan Islam seperti sekular, komunis dan sosialis. Paling menyedihkan orang Islam telah menyerap masuk dan mencampur aduk antara kebathilan dengan perkara hak di dalam agama Islam. Dalam menyelesaikan masalah kehidupan seperti kebejatan sosial dan pendidikan, orang Islam terutamanya pemerintah negara dan kampus merelakan diri mereka mengikuti sistem ciptaan manusia.

Mereka [pemerintah] lebih mempercayai orientalis Barat daripada ulama pewaris nabi. Setelah kegagalan sistem ciptaan manusia barulah mereka mencari sistem Islam. Islam diminta mengeluarkan pendapat oleh orang-orang yang tidak menyukai Islam itu memerintah. Tidakkah pelik perkara ini? Islam diminta pendapat daripada masalah yang tidak ditimbulkan oleh sistem Islam. Hairan sekali Islam diminta pendapat daripada suatu negara dimana sistem Islam tidak dilaksanakan.

Islam adalah satu gaya hidup yang bersifat menyeluruh dan tidak boleh dijuzukkan kerana ia saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Laksanakanlah Islam itu secara keseluruhan dalam sistem hukum dan pemerintahan, dalam dasar-dasar perundangan dan dalam prinsip pendidikan. Setelah itu barulah ditanyakan pendapat Islam masalah yang timbul daripada sistem Islam. Ciptalah masyarakat yang Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

Laksanakanlah keadilan dan jaminan yang ditentukan oleh Islam sama ada dalam sosial, ekonomi dan politik dengan bersungguh-sungguh, nescaya segala masalah akan diselesaikan. Janganlah kita mengusir Islam daripada kehidupan masyarakat dengan menerima sebahagian daripada Islam yang menguntungkan periuk nasi ekonomi dan keuntungan peribadi sahaja. Terimalah secara menyeluruh sistem Islam tanpa alasan. Sistem Islam yang syumul dan sesuai sepanjang zaman haruslah dilaksanakan dan jangan ditanguh walaupun sesaat. Marilah kita menjadikan Islam sebagai cara hidup tanpa kompromi.

ANTARA KAFIR DENGAN MUSLIM: APA BEDANYA?

Seorang muslim percaya bahawa darjatnya lebih tinggi daripada seorang kafir. Allah meredhai seorang muslim daripada seorang kafir. Inilah keistimewaan orang Islam, orang yang dijamin syurga setelah adanya keimanan di sanubari. Tahukah kita perbedaan diantara seorang muslim dengan seorang kafir? Tiada perbedaan besar diantara kita kecuali akidah dan nama individu. Yang lain adalah sama. Kita berasal daripada Adam, mereka pun sama, mereka juga mempunyai anggota badan seperti kita, pendek kata semuanya sama. Cuma akidah dan nama kita saja yang menentukan betapa Islamnya kita. Mari kita berfikir adakah nama Abdul Rahman menunjukkan kita lebih Islam daripada nama George Bush. Adakah nama sudah cukup mengambarkan kita sebagai seorang muslim? Jawapannya tentulah tidak cukup.

Sebenarnya akidah kita adalah satu-satunya penentu betapa muslimnya kita. Akidah Islam dapat diindekkan melalui pengetahuan dan pengamalan Islam dalam kehidupan kita seharian. Jika nama kita berunsurkan Islam, kita mengaku sebagai muslim tetapi tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mengamalkan Islam dalam erti kata berlandas al Quran dan hadis, kita hanya muslim komestik yang lawa pada kulit tetapi nampak hodoh jika komestik itu tertanggal. Ada di kalangan kita menjadi manusia yang tahu dan faham agama tetapi tidak mengamalkan agama. Mereka manusia yang degil, mudah dikelabui oleh habuan dunia dan gemar mengimani kebathilan, mereka inilah yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai orang-orang rugi.[1]

Kini, dalam menjalani kehidupan moden, kita seorang muslim kelihatan tidak ada bezanya dengan seorang kafir. Lihatlah pengetahuan dan pengamalan kita. Kita lebih selesa memakai pakaian menjolok mata berbanding menutup aurat. Kita lebih taat kepada hukum atau perundangan sekular berbanding hukuman syariat Islam. Lihatlah nasib hukum hudud yang diperlekeh sebagai hudud PAS dengan pelbagai alasan untuk menolaknya. Kita lebih percaya kepada media massa daripada mempercayai al Quran dan hadis. Perkara ini bertambah parah apabila, media massa mencandukan rakyat dengan hiburan. Hiburan seperti Audition dan Akademi Fantasia secara langsung memaparkan peluk memeluk di antara lelaki dan perempuan. Dimanakah letaknya akhlak Islam? Atau kita gembira dengan amalan jahiliah moden itu. Jadi, apa bezanya seorang muslim dengan seorang kafir.

Wahai sahabat mahasiswa, marilah kita membina ciri perbedaan antara kafir dengan muslim dalam setiap aspek kehidupan kita. Jangan sesekali terpengaruh dengan idea liberal dan budaya trendy yang dicanang oleh media massa terutamanya rancangan 3R, Pillow Talk dan sebagainya. Kita sebagai muslim seharusnya mempunyai jatidiri yang tersendiri dan harus merdeka daripada pengaruh budaya jahiliah moden yang durjana. Marilah kita menjadi muslim berakhlakkan al Quran untuk mara ke dalam kehidupan moden yang jahiliah.

RUMUSAN

Nukilan di atas adalah rumusan daripada pemikiran tokoh haraki Islam. Penulis cuba memudahkan mahasiswa memahami apa intipati yang penting daripada tulisan tokoh haraki Islam untuk dijadikan azimat dalam meneruskan perjuangan GMI. Janganlah kita mudah tertewas dengan segala dugaan yang diterima semasa menempuhi mehnah perjuangan. Kemenangan bukanlah matlamat utama dalam perjuangan kita tetapi usaha perjuangan tanpa berputus asa perlu diteruskan semasa mendepani ranjau perjuangan.

Ranjau berduri dalam perjuangan perlu diredah dengan berani dan tawakal. Kekalahan, sekatan dan penyeksaan yang berpanjangan ini adalah usaha untuk menambahkan pahala kita semasa berjuang. Inilah keberuntungan kita. Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengambil masa 23 tahun untuk memperkasakan Islam di Tanah Arab. Justeru, kita sebagai manusia kerdil ini harus menerima kemenangan Islam bukan terjelma pada zaman kita. Tetapi ingatlah, kemenangan Islam pasti datang dan ia adalah milik hakiki umat Islam. Percayalah.

Jatuh dan gagal yang pertama bukan kegagalan. Kegagalan ialah jika jatuh kerana sebab yang serupa di tempat yang sama.

[1] Kuliah Tafsir TG Haji Hadi, surah al Ankabut: 52, 30.7.2004.

Read Full Post »

Gerakan Mahasiswa Islam

 

Mencabar (1)

BAB 1: SEJARAH GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI MALAYSIA

“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan manusia”
Noordin Razak

Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat melalui revolusi dan secara evolusi melalui penyertaan dalam pentadbiran negara. Sebagai anak muda yang mempunyai sifat kreatif, jiwa memberontak dan bersifat tergesa-gesa akan membentuk keperibadian mahasiswa yang menongkah arus dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah sistem yang bobrak dan korup. Mahasiswa pengubah sistem. Itulah mitos mahasiswa dalam perjuangan mereka dan khayalan ini akan disedarkan selepas mereka keluar dari alam kampus.

Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bukanlah wadah pinggiran dalam perjuangan sosial, politik dan dakwah seantero dunia. Di Afghanistan, mahasiswa Islam telah menewaskan golongan Sosialis dalam pilihanraya kampus dan mempelopori penubuhan pasukan pejuang Mujahidin melawan Rusia. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim (kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969. Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia telah menakutkan pendokong Komunis dan Sosialis di Afghanistan. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan tindakan kejam rejim ini menyebabkan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf melarikan diri ke Pakistan. Di Mesir pula, mahasiswa Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengalahkan golongan nasionalis di Universiti Fuad I.

Di Malaysia, kebangkitan mahasiswa Islamis berputik pada awal tahun 1970an tetapi mula mengancam survival politik golongan nasionalis pada awal 1980an. Bermula awal tahun 1990an, GMI mula mendominasi politik kampus di hampir setiap universiti di Malaysia. Walaupun disekat dengan pelbagai formula, GMI di Malaysia terus meredah ranjau perjuangan semampu yang terdaya. Di sini, penulis menukilkan sejarah awal perjuangan mahasiswa Islamis di kampus untuk memasyarakatkan masyarakat kampus dengan suluhan Islam. Penulis juga memaparkan pengolakkan antara proksi GMI dan kebangkitan dinasti kepimpinan ulama dalam politik kampus.

SEJARAH PENUBUHAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid Ar-Rahman yang telah dibina pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia. Sebelum terlaksananya AUKU, PMIUM adalah badan pelajar berautonomi dan tidak bernaung dibawah PMUM. Justeru, ia bergerak bebas tanpa terikat dengan dasar PMUM yang dikuasai oleh mahasiswa sosialis.

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis dalam beberapa perdebatan ilmiah. Syed Naquib semasa menjadi pensyarah di UM dilihat sebagai mentor kepada pelajar Islamis dimana setelah kuliah ramai pelajar Islamis berkumpul di pejabat atau rumah beliau. Beliau juga merupakan antara tokoh utama mempengaruhi ABIM-PKPIM dan tokoh lagenda gerakan mahasiswa-belia, Anwar Ibrahim. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

PMIUM adalah pertubuhan pelajar pertama beraliran Islamis di negara ini yang ditubuhkan dengan kaedah yang teratur dan diakui mewakili masyarakat pelajar Islam di kampus terulung negara, Universiti Malaya. Pada 27 Jun 1961, ditubuhkan pula Persekutuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) pada tahun 1963. Sebelum terjelmanya AUKU, PKPIM memayungi persatuan-persatuan pelajar Islam di setiap institusi pendidikan tetapi peranan ini mula terhakis selepas AUKU 1975 mewajibkan persatuan berbentuk gabungan nasional dan dianggotai persatuan mahasiswa universiti tempatan perlu dibubarkan. Semua persatuan mahasiswa perlu berada dibawah kawalan universiti yang dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar [HEP]. PKPIM bernasib baik diberi peluang untuk bernafas berbanding rakan-rakan gabungan peringkat nasional seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia [PKPM, ditubuh pada 15 Mac 1958] dan Persatuan Pelajar Asia (ASA) yang telah dimansuh. Aspirasi PKPIM dilanjutkan ke luar kampus dengan penubuhan ABIM pada Muktamar PKPIM ke 10 pada tahun 1971.

KEBANGKITAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI MALAYSIA.

Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan Mahasiswa Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa universiti dan sebahagian mahasiswa sendiri. Kerajaan sendiri mengkritik kegiatan dakwah di kalangan mahasiswa Islam yang dilihat berlaku ketidakfahaman para pendakwah terhadap kemurnian Islam itu sendiri. Kezahiran Islam dalam cara hidup mahasiswa seperti berpurdah dan berjanggut melahirkan kegelisahan kepada pihak pentadbir varsiti. Di Universiti Teknologi Malaysia, Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah. Bahkan pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.] Namun, gaya hidup Islam berasaskan sunnah Rasulullah S.A.W. terus subur, bahkan GMI cuba membentuk kuasa politik di kampus.

Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman keagungan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan. Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal Islami secara bersungguh-sungguh. Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria. Galangan bersifat anti-maksiat ini mengakibatkan PMIUM ditohmah dengan pelbagai gelaran termasuk fanatik, antisosial, perkauman, jumud dan taklid buta.

Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Namun, hanya Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi MPP.

Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa yang disertai oleh golongan nasionalis. Pilihan raya sesi 1979/1980 telah menelurkan budaya berparti secara terbuka dalam politik kampus. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri Haron [kini, S.U. MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden. Kerajaan pelajar Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan malam tahunan yang dihiasi program mungkar. Aktiviti persatuan perlu terbatas kepada aktiviti tidak bercorak ‘Yahudi’.

Penubuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama ditentang hebat oleh proksi Nasionalis. Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi [tetapi pihak neutral mengalih sokongan kepada Barisan Mahasiswa menyebabkan Barisan Mahasiswa berjaya membentuk kabinet PMUM]. Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntukkan tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan Mahasiswa menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.

Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet PMUM tetapi Ketua Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya. Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan tindakan 10 anggota Barisan Mahasiswa tidak demokrat. Barisan Mahasiswa mencabar Gabungan Mahasiswa agar meletak jawatan supaya pilihan raya kampus dapat diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP Yunus Nawal dan Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan Mahasiswa bersetuju bekerjasama walaupun cuba dihalang oleh ketuanya, Yusuf Abdul Rahman. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri Haron (Presiden), Yazid Othman (Timbalan), Redzuan Othman (Setiausaha Agung), Zaidan Ali (Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.

Menurut Yusuf Abdul Rahman, Barisan Mahasiswa adalah golongan radikal dan perkauman. Gabungan Mahasiswa berjuang berdasarkan untuk perpaduan dan kebajikan pelajar. Gabungan Mahasiswa menawarkan dasar kompromi dimana jika pihak menjawat jawatan presiden tidak boleh memegang jawatan setiausaha agung tetapi Barisan Mahasiswa membolot kesemua jawatan utama. PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa, beliau bersetuju berbincang.

Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung meletakkan jawatan iaitu Anual Bakri Haron [kini, S.U. Menteri Besar Kelantan], Yazid Othman dan Redzuan Othman [kini pensyarah Jabatan Sejarah UM, bekas Naib Presiden ABIM]. Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat (Timbalan), Rosli Ahmad (Setiausaha Agung), Zaidin Ali (Bendahari) dan Redzuan Othman (Penolong Setiausaha Agung). Tekanan HEP, kospirasi media massa dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan Nasionalis.

Selain itu, kemenangan Gabungan Mahasiswa disebabkan kegagalan Barisan Mahasiswa menangani kes kepincangan perasmian TIG (aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia. Calon ternama golongan pelajar Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai Naib Presiden. Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim KAMI’ di kampus-kampus universiti tempatan. Kekalahan kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara meluas di muka hadapan akhbar tersebut. Secara terancang, isu perjudian semasa Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya pemikiran pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman. Tekanan psikologi ini menyebabkan pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.

Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981, Islamic Group yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP. Kumpulan Islam dikenali sebagai ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus dan Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Presiden PMUM. Kemenangan ini meningkat imej kumpulan Islamis yang tercalar pada pilihan raya sesi yang lepas. Di bawah pimpinan Ahmad Shabery, kekuatan mahasiswa Islamis mula terserlah dengan penyertaan dalam demonstrasi anti Amerika.

Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana masih terdapat unsur judi dalam Pestaria sesi tersebut. Kemantapan PMIUM membolehkan calon-calon mereka menguasai pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada pelajar Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang menyelaras aktiviti pelajar Islam di bawah pimpinan Zulkifli Yusof (Presiden PMUM).

GMI: DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA.

Revolusi Iran jelas mempengaruhi aktivis gerakan Islam di seluruh dunia. Kewujudan negara Republik Islam Iran menandakan kemunculan satu eksperimen satu pemerintahan moden yang diperintah oleh kepimpinan ulama. Di Malaysia, kebetulan PAS mengalami krisis kepimpinan paling kritikal dalam sejarah penubuhannya apabila presidennya Dato Asri Muda yang mengimani aliran nasionalis-Islamis cuba ditumbangkan oleh Dewan Pemuda dan puak ulama PAS pada bulan Oktober 1982. Kaum muda dalam PAS yang dipelopori oleh tokoh-tokoh ABIM seperti Fadzil Mohd. Nor, Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad telah bergandingan dengan tokoh muda Islam lepasan universiti di Barat seperti Khalid Samad dan Ishak Ali dari Suara Islam telah mengegarkan pimpinan PAS agar melakukan pemurnian semula ke arah Islam yang syumul. PAS dibawah pimpinan ulama mula mendekati gerakan mahasiswa setelah ‘sayap muda’nya ABIM dilanda krisis idealis selepas kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada bulan Mac 1982 telah melanggari keputusan syura dan memungkiri mandat Pak Natsir, Ketua Parti Masyumi Indonesia yang mengarah ABIM menghantar tokohnya ke dalam PAS bagi menyegar semula PAS. ABIM hanya sempat menghantar tokohnya pada gelombang pertama ke dalam PAS melalui Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman dan beberapa tokoh muda ABIM. GMI di kampus Malaysia mula bergolak antara pihak yang pro dan kontra keputusan Anwar yang memasuki UMNO. Perpecahan GMI amat terasa di Universiti Malaya dimana proksi ABIM-PKPIM telah gagal mempertahankan pengaruhnya dalam kepimpinan PMIUM. Proksi PAS mula menonjol apabila berjaya merebut jawatan tertinggi dalam pimpinan PMIUM dengan mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang hanya memperolehi 35 undi.

Sebelum pemilihan pimpinan PMIUM 1983/84, Azami Zaharim mencadangkan nama Takiyuddin Hasan sebagai Presiden PMIUM kepada majlis syura, manakala nama Mohammad Hussein sebagai Timbalan Presiden. Tetapi majlis syura telah memutuskan dengan sebulat hati bersetuju dengan jawatan Presiden PMIUM dipegang oleh Mohammad Hussein dan Takiyuddin Hasan bagi jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini diterima oleh Azami Zaharim yang ditugas sebagai Pemangku Presiden PMIUM yang pro ABIM. Dalam mesyuarat itu berlaku, suasana agak tegang kerana ada golongan yang mahu pimpinan PMIUM dikuasai oleh golongan ulama atau agamawan. Golongan ini mahu Ustaz Mohd Taib Ahmad dilantik sebagai Timbalan Presiden PMIUM bukannya Takiyuddin seperti yang diputus oleh syura.

Pengolakkan ini bertambah hangat apabila Takiyuddin Hasan [kini, EXCO kerajaan Kelantan] menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PMIUM untuk memberi ruang kepada Mohd Taib Ahmad memenangi kerusi Timbalan Presiden PMIUM tanpa bertanding. Kumpulan pro PAS yang dikenali kumpulan Enam Kerinchi dikutuk habis-habisan oleh Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim sebagai pengkhianat. Kumpulan Enam Kerinchi terdiri daripada Muhamad Hussein [telah dilantik sebagai Presiden PMIUM pada sesi tersebut], Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad [kini, wartawan kanan Harakah], Azmi Ali, Fuad Zarkhashi [orang kuat UMNO Johor, Presiden PBMUM 1981/82] dan Mohd Taib Ahmad bersetuju memenangkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM. Trajedi ini perlu dikisah kerana ia merupakan kebangkitan pertama pengaruh kepimpinan ulama oleh proksi PAS di kampus-kampus nasional. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam lubuk nasionalis-sekular[1] menyebabkan ‘keributan’ di kampus di antara sesama golongan Islamis iaitu mahasiswa proksi ABIM-PKPIM dibantu oleh golongan sekular-nasionalis [diperkuatkan setelah Anwar berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO] dengan mahasiswa proksi PAS yang diasuh oleh Mustapha Ali, Nakhaie Ahmad dan Abdul Hadi Awang.

Kumpulan Enam Kerinci yang dikatakan proksi PAS berazam menaikkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM kerana beliau adalah orang kuat Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) yang diharap dapat membantu Muhammad Hussein menegakkan kepimpinan ulama di kampus Universiti Malaya. Dalam perebutan pucuk pimpinan itu, Takiyuddin Hasan dari Fakulti Undang-Undang telah menarik diri pada saat-saat akhir sehingga proksi ABIM gagal mencari calon alternatif. Azami cuba menolak penarikkan diri Takiyuddin tetapi gagal. Kemenangan ini membolehkan PMIUM dikuasai oleh Dinasti Kepimpinan Ulama sehingga ke hari ini.

Tokoh-tokoh Kumpulan 6 Kerinchi ini merupakan pengasas kumpulan Republik Islam [turut dikenali Kumpulan Universiti Malaya] yang telah bersaing hebat dengan Islamic Represantative Council (IRC, mula berputik di Britain) digiatkan oleh Fauzi Shafie untuk menguasai Dewan Pemuda PAS pada akhir 1980an. Kumpulan Republik Islam terdiri Mohamad Hussein, Husam Musa, Ishak Ismail, Mohd Taib Ahmad, Baharin Mohamad, Syed Putra Syed Ahmad dan Mazlan telah berjaya membina pengaruh yang kuat dalam Dewan Pemuda PAS.

Penyingkiran proksi ABIM daripada PMIUM menyebabkan pimpinan PKPIM-UM melakukan pewarnaan semula dalam PBMUM. Di kampus lain seperti di UKM, proksi ABIM yang mengunakan metode Islamisasi masih memegang tampuk pimpinan PMI dan MPP. PMIUM merupakan wadah pertama penguasaan proksi PAS dalam gerakan Mahasiswa Islam selepas selama ini bergantung harap kepada pengkaderan ABIM.

GMI DAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI [ISA].

ISA dan AUKU merupakan kaedah kerajaan mengekangkan pergerakan gerakan mahasiswa di Malaysia. Kebiasaannya ISA dikaitkan dengan mahasiswa sosialis terutamanya dalam peristiwa kebangkitan mahasiswa pada tahun 1974. Dalam era 1980an, GMI turut dinodai oleh AUKU dan ISA yang zalim dan melanggari hak asasi seseorang insan. Zalim disini bukanlah berdefinisi kezaliman ala Barat seperti membunuh dan bersifat diktaktor tetapi zalim dalam definisi Islam. Dalam Islam, zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna perbuatan zalim tidak semestinya membunuh, menpenjarakan orang tetapi perbuatan zalim juga boleh terpalit jika seseorang meletakkan kopiah pada lututnya. Kerana kopiah dipakai di kepala bukan di lutut. Begitulah luasnya pendefinisian zalim dalam Islam.

ISA selepas tahun 1974 julung kalinya digunakan kepada pimpinan GMI selepas demonstrasi anti konsert Sheila Majid. Polis berjaya menangkap 2 EXCO PMIUM bersama 22 orang pelajar yang lain semasa mereka bertahlil. Mereka telah diikat jamin dengan 3 penjamin dan bersyarat. Pada 15 September 1989, pelajar yang ditahan dipanggil untuk disoal siasat di Balai Polis Jalan Pantai. Dalam soal siasat ini, dua pimpinan PMIUM, Jamali Adnan dan Jamaluddin Ramli telah dikenakan tahanan ISA. Turut ditahan adalah Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman, bekas Setiausaha Agung PMUTM. Pada 26 September 1989, PMIUM menghantar wakil berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Anwar Ibrahim dan Anwar sendiri berjanji akan menyelesaikan masalah ini. Pada 27 September 1989, PMIUM menghantar wakil bertemu Dato NC, Syed Hussein al Alatas atas alasan hukuman yang dikenakan tidak relevan dengan status mereka sebagai mahasiswa. Contoh, Alias Sulaiman daripada Fakulti Ekonomi dikenakan RM 1000 dan Jalal Busri disingkir daripada kolej dan didenda RM 350.

Terkini, pimpinan pelajar dari PMUM sesi 2001/2002 iaitu Mohd Fuad Mohd Ikhwan dikenakan tahanan ISA setelah beberapa hari makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Fuad Ikhwan dikenakan tahanan ISA pada tahun 2001 kerana terlibat dalam beberapa demonstrasi haram, penerbitan Majalah Varsiti palsu dan pembakaran DTC. Semasa zaman reformasi, pimpinan PKPIM turut terseret ke dalam tahanan ISA adalah Ahmad Zaki Yamani, penuntut UiTM yang memegang jawatan Setiausaha Agung PKPIM. Pemimpin PKPIM yang lain yang turut ditahan adalah Ahmad Sabrimi Mohd. Sidek dan Ahmidi Dato Manan.

Begitulah dekatnya ISA, AUKU, Akta Polis dan penjara dalam kamus GMI. Untuk siapakah GMI mengorbankan masa dan diri mereka dalam tahanan, dan mengadai masa depan mereka. GMI hanya mahu kebenaran dan keadilan menyinari kehidupan masyarakat negara ini walaupun sebahagian besar masyarakat tidak menghiraukan perjuangan mereka.

RUMUSAN

Bab satu merupakan satu nukilan tentang muqaddimah kebangkitan GMI di bumi Malaysia. Bab ini membolehkan pembaca memahami sejarah awal kebangkitan GMI sebelum meneruskan kajian lanjut tentang GMI. Bagi aktivis GMI, bab ini amat penting bagi mengetahui bagaimana generasi awal GMI mengadaikan masa depan dalam perjuangan mereka. Wahai sahabat mahasiswa! Sedarlah akan sejarah awal GMI, jangan kita berjuang tanpa ilmu, tanpa mengenali asali GMI. Jangan kita asyik terkhayal akan kehebatan mahasiswa terdahulu tanpa mengenali sejarah perjuangan secara dekat. Wahai sahabat mahasiswa! Marilah bersama perjuangan Islam untuk melihat Islam memerintah, bukannya Islam diperintah. Tak kenal, maka tak cinta.

Untuk menjadi pemimpin bererti perlu dapat menggerakkan massa

Hitler

Kehilangan kemerdekaan diri sendiri
Siapa ingin merdeka harus bersedia di penjara

Tan Melaka
[1] Semasa di zaman Ikhwanul Muslimin, seorang ulama besar Ikhwanul Muslimin lulusan al Azhar telah menyertai kerajaan tentera beraliran Sosialis walaupun Majlis Syura Ikhwanul Muslimin cuba menghalang ulama tersebut. Kata Hasan Hudaibi. ‘Pergilah menikmati habuan dunia dan terimalah padah pada akhirnya’. [Kuliah Tafsir TG Haji Hadi, al Ankabut: 66, 6.8.2004]

Read Full Post »